>10 Kelebihan Ilmu Berbanding Harta

> Harta ini hanyalah sementara sahaja , Harta juga dapat menaikkan nama di kalangan orang-orang yang kaya raya dengan harta . Tapi , ilmu ini bukannya untuk sementara . Ianya akan dibawa juga ke akhirat kelak , Jadi yang pentingnya adalah Ilmu-ilmu yang bisa dimanfaatkan . Kehidupan memang lengkap dengan harta , tapi kehidupan tidak sempurna dengan ketiadaan ilmu yang dibimbing .

Diantara Kelebihan ilmu berbanding Harta ;

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.
 
 
Nota Ringkas Abdul Farique : Andai kata kita kaya dengan harta , tidak salah untuk kita sedekahkan pada yang tidak mampu kerana itu juga sebahagian tanggungjawab kita . Sama juga kalau kita kaya dengan ilmu , ajarkan ia kepada muslimin dan muslimah kita . InsyaAllah , kaya raya kita di Sana nanti ”, .

Posted on April 3, 2010, in Artikel Rohani. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: